Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Selasa, 18 Mac 2014

JADI PENGINTIP

Assalamualaikum. .
Hai korang..
Hari ni saya sengaja ambil cuti awal sbb nak rehatkn diri kat rumah.Maklumlah asyik kerja aje.Letihla..
Sengaja saya berehat kat Cheneh sebab saya tak nak lakukan kerja rumah.Kalau kat rumah Bukit Payong kena buat segalanya tanpa pertolongan pembantu rumah.
Hari ni saya bangun lewat.Bangun aje sarapan dah tersedia atas meja.Xpayah nak masak.Tu yang saya suka duk Cheneh semua tersedia.Sambil makan saya mengintip pembantu rumah.Bukan apa saja nak tengok dia buat ape.Sekodeng lu..


Tu dia..
Duk menyapu belakang rumah..


Sapu jangan tak sapu..


Sekian untuk hari ni..
Ngntuk pulok..
Bye..

Khamis, 6 Mac 2014

KENA CUCUK LAGI

Assalamualaikum. .
Hai korang..
Hari ni update blog kat Cheneh.Untuk makluman korang hari ni saya dapat pelepasan dari pihak ofis untuk rawatan susulan ke hospital besar.Mesti korang tertnye2 sbb pe saya xpergi kat swasta.Bukan saya xnak pergi just nak beralih pada hospital kerajaan pulak.Selama ni saya follow up kat Kuala Terengganu Speacialist. Okla..membebel pulak saya ni.
Citenye... pagi saya kena ambik darah.Tp saya punya kes 5 0rg doktor baru dapat ambik darah.Pelbagai saiz telah digunakan..Yang pastinya xdpt jgk.Doc ckp saluran darah saya kecik.Sbb tu susah nak ambik.Padahal xsampai sebotol pun..Ciannye..Tahan ajelah..


Lebam habis lenganku..
Ni yang sebelah kiri..


Ni yang belah kanan..


Akhirnye..setelah 5 org doc mengerjakan saya..
Dapat jugak ambik darah..
Yang nakalnye....jarum baby baru dapat.

Sekian untuk hari ni..lapar pulak.xmakan lg ni..
Saya nak pergi makan dulu sebelum balik umah.
Bye....
Selasa, 4 Mac 2014

JOM MASAK

Assalamualaikum. .
Hai korang..
Hari ni cuti umum bagi negeri terengganu.Jadi xde kerja nak buat.Semua dah di sempurnakan  oleh pembantu umhku.
Hahaha..mem besar katekan (ayat my hubby).Terlintas di fikiran nak buat puding triffle.
Mujur bahan2 dah ade semuanye..Jom kite masak..


Bahan2nye..


Hasilnye..


Ni untuk jiran2 ku..
Sekian untuk hari ni..
Bye..
Khamis, 27 Februari 2014

SALAM PERPISAHAN

Assalamualaikum. .
Hai korang..
Hari ni nak update blog pasal majlis perpisahan nor farizan , majlis perjumpaan bulanan kakitangan & majlis sambutan hari lahir bulan Jan & Februari. 
Pertama sekali saya nak ucpakan selamat datang kepada Pn Marlini selaku Pegawai RISDA Daerah Dungun yang baru mengantikan En Zulkifli.


Bersama dengan PRD baru..


Kakitangan yang di raikan iaitu Kak izan..
Sahabat yang same2 berulang pergi kerja.


Kakitangan yang lahir bulan Januari &Februari..


Staff perempuan..


Kami bersama slmenye..
Semoga ikatan persahabatan kita akan kekal selamanya walaupun terpisah daerah aje.
Sekian untuk hari ni..
Bye..
Rabu, 29 Januari 2014

SUPER BIKE HUBBY

Assalamualaikum..
Hai korang..
Hari ni nak entry pasal mto hubby.Lame dah hubby mengidam utk memiliki motosikal berkuasa tinggi.Alhamdulillah..Tuhan maha pemurah pada hambanya.Dapat juga hubby memilikinya tanpa bayar bulan2.Bukan pe saya ni xsuke hubby berhutang.Kalau ada duit tu bayar ajelah..tak sakit kepala.


Kedainye..


Driver hubby datang sekali ambil moto..


Hubby dengan super bike..
Dapat jugak naik motosikal berkuasa besar.Impian hubby dah tertunai cume 1 aje lg yg xtertunai.Insyallah tuhan maha mendengar permintaan hambanya.
Amin....
Jumaat, 24 Januari 2014

HUBBY MENGIDAM

Assalamualaikum. .
Hai korang..
Lama saya x update blog..Bukan pe sibuk apabila dah msuk tahun baru ni.
Hari ni saya nak berkongsi cerita mengenai my loving hubby.Mengidam xhbis2.Dari minggu lepas lg merancang nak ajak saya pergi mkn ICT (ikan celup tepung ).Lepas solat jumaat saya bertolak ke telaga batin utk menikmati hidangan ICT kat sane.Memang best giler mkanan kat sane.Dah lah harga jauh lebih murah berbanding kedai yang lain.Seafood yang di goreng fresh lg..Sampai aje kat sane saya lihat ramai dah beratur nak menikmati ICT.Sampaikan tempat duduk xde kosong.


Inilah kedainye..


Ni hasil rembatan saya.hehe


Hubby yang xsabar nak makan.


Minum kami..sedap sgt2.
Cukup semua bahan di dalamnye.

Sekian utk hari ni..bye semua ♡♡♡
Selasa, 14 Januari 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 2014







SERUAN UNTUK GEMBIRA DENGAN MAULIDUR RASUL S.A.W 

" Selamat menyambut Maulidur Rasul 2014 "
Marilah kita bergembira dengan kelahiran baginda Nabi Muhammad S.A.W 
dengan memperbanyakan Selawat dan mengamalkan sunnah baginda nabi . 
Selain itu marilah kita sambut maulid kali ini dengan penuh kegembiraan dan hadirkan perasaan cinta kepada baginda didalam hati kita . 
Marilah kita terjemahkan perasaan gembira kita dengan kata- kata ucapan " Selamat menyambut Maulidur Rasul " 
Moga kegembiraan kita ini tergolong dalam golongan seperti sabda Nabi S.A.W 
" Siapa -saiapa yang kasih kepada ku maka ia akan beserta dengan ku didalam syurga "

Rabu, 1 Januari 2014

SELAMAT DATANG TAHUN 2014






Masa lalu adalah sejarah, hari ini adalah goresan, hari esok adalah harapan.Selamat datang tahun baru 2014.Seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan.Selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan.
Happy new years.