Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Ahad, 29 September 2013

DEMAM LAGI..

Assalamualaikum
Hai korang. .

Hari ni xde mood nak update blog.Badan rase xlarat.Habis sakit satu badan.Mujur hubby ade kat rumah hari ni.Dia ambik cuti hari ni untuk jage saya.Kalau tak saya xgerak lah hari ni..Makan xlalu mulut rase pahit je..
Pukul 9 pagi hubby dah siapkan saya untuk ke Klinik Nuraen.Klinik terletak di Permint Jaya.Perjalanan makan masa 20 minit dari rumah kami.Kasian saya tengok hubby kena siapkan segalenye coz saya demam..Dalam perjalanan saya hanya tido je.Hubby siap pesan lg.."sayang tido lah sampai hubby kejutkan.."


Snap dulu sebelum buat pendaftaran..


Bilik doktor. .

Kaunter ubat..


Sempat lagi snap walaupun demam..Hubby setia menemani saya..


Lepas jumpa doctor, saya di beri mc untuk hari ni..
Sekian untuk hari ni..Nak balik dah.Bye..
Sekian. .♥♥♥

Sabtu, 28 September 2013

FACIAL OH FACIAL. ..

Assalamualaikum. .
Hai korang. .
Hari saya berkesempatan update blog kat Carlo Beauty..Biaselah sayakn xde kerja nak buat jadi ambik kesempatan buat facial pulak.Bukan pe hubby dah peruntuk bajet jadi kena gunalah..Kalau xguna rugilah..


Laluan ke Carlo Beauty.


Sempat lagi snap gambar depan pintu masuk..hihihi


Lepas daftar terus dapat masuk kat room.xpyah tunggu lame2.Padahal  mase saya nak daftar dah ramai customer menunggu untuk buat facial.Saya dah booking siap2 jadi senanglah utk kad vip..3 jam hubby menunggu saya kat situ.Kasian sgt tgok hubby.


Hasil belian saya hari ni..


Product yang saya pakai..Berbaloi walaupun harge yg mahal..

Sekian untuk hari ni. ..bye♥♥♥♥♥
Rabu, 25 September 2013

MANJAKAN DIRI LAGI..

Assalamualaikum. .
Hai korang. .
Lama x update blog bukan pe sibuk memenjang dengan renovate rumah.
Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kat my hubby coz memperuntukkan bajet untuk saya pergi spa setiap bulan..Apa2 pun korang layan ajeeeee..

Laluan untuk ke Spa.
Sempat lagi snap sebelum manjakan diri..

Ni lah tempat saya akan manjakan diri selama 2 jam..

Ni katil perubatan untuk yang sakit-sakit badan..




SEBELUM dan  SELEPAS facial..

Ni pemilik CARLO BEAUTY..

Kad VIP saya..

SEKIAN...
Khamis, 5 September 2013

BIARLAH KESEDIHAN BERLALU PERGI..

KESEDIHAN

Masa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali. Masa depan masih ada dialam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang. 
Oleh kerana itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya. Biarlah ia datang dengan sendirinya.
Berbuat baik sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah dan menimbulkan ketenangan.
Ajal telah ditentukan oleh Allah SWT dan segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha’ dan qadarNya. Oleh kerana itu, seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi.
Rezeki semua makhluk telah dijamin oelh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki.
Akhlak seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan dan cacian yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan. Kerana seorang mukmin memang tidak mungkin terlepas dari cacian dan makian.
Bahkan Allah Maha Mulia sekalipun mendapat cacian dan makian daripada orang fasiq dan kafir.
So, usah dipedulikan mereka yang selalu merendahkan diri kita. Kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.
Jalanilah hidup ini apa seadanya
Keadaan didunia ini penh dengan kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa dan banyak warna. Semua itu bercampur baur dengan kesusahan dan penderitaan hidup.
kita adalah sebahagian dari dunia, mahu tidak mahu, kita harus berada dalam keadaan ini.
Kita tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat perkara yang menyukarkan.
Pada setiap perkara itu pasti terdapat sesuatu yang buruk dan kita tidak suka. Oleh itu marilah kita memadamkan keburukan itu dengan kebaikan yang ada pada mereka.  Insyaallah, kita akan selamat dan merasa adil 
Allah SWT menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua perkara yang saling berlawanan, dua kubu yang saling berhadapan dan dua pandangan yang saling bertentangan, yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagian dengan kesedihan.
Jalanilah hidup ini dengan seadanya, jangan larut dalam khayalan dan jangan hanyut dalam imaginasi yang berlebihan. Hadapi hidup ini, kawallah jiwa kita untuk dapat menerimanya serta menikmatinya!
Bagaimanapun kita, tidak mungkin semua sahabat kita itu ikhlas kepada kita dan semua perkara akan sempurna dimata kita.
Sebab keikhlasan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia. Bahkan, mungkin kita juga melihat isteri atau suami kita pun tidak akan pernah sempurna dimata kita.
Tapi janganlah kita membenci dia, kerana jika kita tidak menyukai salah satu perangainya, mungkin  kita akan menyukai perangai dia yang lain.
Marilah kita menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali, meninggalkan perkara – perkara yang menyusahkan, menutup mata dari beberapa perkara untuk saat tertentu dan melupakan perkara – perkara yang menggangu.
Buat apa kita menghabiskan air mata
dan membiarkan hati gelisah kerana bersedih?
Serahkan sahaja semua itu sepenuhnya
kepada tuhan yang maha Mulia  
Kerana jika hati sudah menjadi tenang
maka jalan keluar pasti akan terbuka..

RIANG RIA HARI RAYA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Assalamualaikum. .
Hai korang. .
Semalam 04.09.2013 telah berlangsung satu majlis sambutan hari raya Peringkat Negeri Terengganu anjuran pihak RISDA.Majlis berlangsung cukup meriah dengan kehadiran semua staff RISDA daerah di negeri terengganu.Namun begitu, beberapa jemputan turut di undang terutama sekali Pegawai Kanan organisasi berdekatan dan xlupa juga Pesara RISDA.

Gerai kami..
Pelbagai juadah di hidangkan yang pasti membangkit selera.Menu utama menjadi tarikan ..apalagi kambing bakar ler..Cukup ramai yang minat kambing bakar tak kira kanak2 mahupun yang dewasa.Selain daripada kambing bakar, juadah lain yang di hidangkan adalah satay, nasi beriani, mee jawa, rendang, nasi himpit dan pelbagai kuih tradisional yang lain.
Majlis turut di serikan dengan acara cabutan bertuah.Sebanyak 200 hemper di sediakan untuk acara tersebut.Di samping itu terdapat juga acara pertandingan gerai terbaik, teka gula2 dalam balang dan juga acara nyanyian lagu raya.Turut hadir sama penyanyi Anis Suraya bersama suami iaitu staff RISDA  daerah Hulu Terengganu.

Bersama penyanyi Anis Suraya

Tetamu yang hadir

Majlis berakhir sekitar pukul 3.30 petang.Kelihatan semua staff dan tetamu jemputan menunjukkan riak wajah yang kekenyangan serta gembira sekali..

Sekian..♥♥♥♥