Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Khamis, 5 September 2013

RIANG RIA HARI RAYA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Assalamualaikum. .
Hai korang. .
Semalam 04.09.2013 telah berlangsung satu majlis sambutan hari raya Peringkat Negeri Terengganu anjuran pihak RISDA.Majlis berlangsung cukup meriah dengan kehadiran semua staff RISDA daerah di negeri terengganu.Namun begitu, beberapa jemputan turut di undang terutama sekali Pegawai Kanan organisasi berdekatan dan xlupa juga Pesara RISDA.

Gerai kami..
Pelbagai juadah di hidangkan yang pasti membangkit selera.Menu utama menjadi tarikan ..apalagi kambing bakar ler..Cukup ramai yang minat kambing bakar tak kira kanak2 mahupun yang dewasa.Selain daripada kambing bakar, juadah lain yang di hidangkan adalah satay, nasi beriani, mee jawa, rendang, nasi himpit dan pelbagai kuih tradisional yang lain.
Majlis turut di serikan dengan acara cabutan bertuah.Sebanyak 200 hemper di sediakan untuk acara tersebut.Di samping itu terdapat juga acara pertandingan gerai terbaik, teka gula2 dalam balang dan juga acara nyanyian lagu raya.Turut hadir sama penyanyi Anis Suraya bersama suami iaitu staff RISDA  daerah Hulu Terengganu.

Bersama penyanyi Anis Suraya

Tetamu yang hadir

Majlis berakhir sekitar pukul 3.30 petang.Kelihatan semua staff dan tetamu jemputan menunjukkan riak wajah yang kekenyangan serta gembira sekali..

Sekian..♥♥♥♥

0 Korang komen:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.