Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Khamis, 19 Disember 2013

SELAMAT BERSARA..

Assalamualaikum. .
Hai korang. .
Bersua kembali kite setelah sekian lama x update blog.Bukan malas nak entry blog tp keadaan xmemaksa saya untuk berblog.Sori ye kawan-kawan...
Hari ni saya nak berkongsi cerita mengenai salah sorang warga kami akan meninggalkn agensi kami.hehehe..Jangan terkejut tau.Bersara wajiblah..

Untuk maklum korang,
 beliau telah berkhidmat dgn RISDA lebih daripada 20 tahun.Sebelum beliau bersara sempat beliau kongsi pengalaman bekerja dengan RISDA.Banyak suka duka pahit manis yang beliau kongsi.Sayu hati bila dengar masa dulu gaji hanya rm290 sebulan untuk sara keluarga.Sedihkan..Saat akhir saya dapat tahu yang beliau sama2 bekerja dengan ayah saya.


Punch card buat kali terakhir.


Sumbangan dari kakitangan Risda


Posing buat kali terakhir

Ape2 pun saya nak ucapkan selamat bersara buat En Mamat bin Mat Zin.Satu kehilangan yang besar buat kami warga RISDA DUNGUN. .

Sekian untuk hari ni..bye♥♥♥
Rabu, 4 Disember 2013

HUJAN OH HUJAN

Assalamualaikum. .
Hai korang. .
Update blog masa banjir..

Hari ni kawasan pejabat saya naik air.Maklumlah hujan tak berhenti langsung dari malam tadi.Ape2 korang layan aje pic yg sempat sy ambik.


Kawasan parking kenderaan


Pintu masuk utama pejabat


Tengok tu..
macam sungai dah jadinya



Tak sampai setengah jam.
Air dah aras macam ni.


Takut punya pasal sampaikan kerja xsentuh langsung.Pikiran ingatkan rumah aje.
Sekian untuk hari..
Ahad, 24 November 2013

ALHAMDULILLAH. ..REZEKI KAMI

Assalamualaikum. ..
Hai korang. .

Hari ni bersiaran di Bandar Cheneh Baru, Kemaman. .
Syukur Alhamdulillah rezeki Tuhan bagi buat kami pada tahun ni iaitu rumah ke 2 kami..Walawpun hanya Semi-D cukup selesa buat kami yang jarang2 tinggal disini.

Saya terpaksa cuti hari ni coz nak kemas rumah.Maklumlah rumah baru.Semua tak tersusun lagi.Letih di buatnye..

Ape2 korang layannnnn..

AWAS....
HANYA GAMBAR AJE YANG SEMPAT AMBIK..
MALAS NAK ENTY BANYAK2..


Hadapan rumah baru kami..


Pintu utama..


Ruang santai kami..


Ruang menonton tv..


Ruang makan kami..


Bilik tetamu 1


Bilik tetamu 2..
Tengok tu bersepah lg


Dapur kering & basah kami..


Ni lah rumah ke 2 kami..
Semi -D yg terletak di Bandar Cheneh Baru

Sekian untuk hari ni. ..
Bye ♥ ♥ ♥ ♥
Isnin, 4 November 2013

OFISKU HARI NI..

Assalamualaikum. .
Hai korang..
Hari ni baru update blog..bersemak dah blog ni..hehe.Hari ni update blog kat ofis..maklumlah saya xcuti hari.Cuti dah habis coz pergi umrah baru ni...Terpaksa pergi kerja walawpun ramai sedang seronok bercuti..
Ni pic yang snap keadaan ofis saya sekarang ni..


Unit perancangan...


Unit tanam semula hanya tinggal 1 org je..


Unit kewangan..


Unit pentadbiran. .Ni aje yang ade...
Sekian untuk hari ni..

Bye..♥♥♥♥
Isnin, 21 Oktober 2013

CERMIN DIRI DULU SEBELUM MENYINDIR DEKAT ORANG



Terima kasih saya ucapkan kepada sesiapa yang telah membaca blog saya TETAPI mengutuk dari belakang kepada sahabat mereka..!!!
Saya hargai pengorbanan yang anda lakukan itu...
Teruskan okey??
Mulut orang saya x boleh nak tutup, kalau mulut tempayan boleh la nak tutup rapat2..
Anda harus ingat ,
Segala kata cacian dan sindiran yang telah anda lemparkan mengenai saya anda juga akan mendapat ganjaran seperti demikian...

Malas nak bebel banyak2 sebab nanti tak dapat pahala puasa..
Sesungguhnya Allah melihat apa yang hambaNya sedang buat..

BEWARE EACH WORDS THAT YOU SAID...!!

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Selasa, 15 Oktober 2013

HAPPY BIRTHDAY MY LOVING HUBBY


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
15.10.2013
Hari selasa 10 zulhijjah


Selamat hari lahir hubby
Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki..
Semoga hidup sentiasa di rahmati ALLAH S.W.T..
Semoga menjadi suami yang terbaik di dunia dan akhirat..
Semoga kita selalu bersama di dalam keadaan susah @ senang..
Semoga ikatan perkahwinan kita kekal sepanjang hayat..
Amin..♥♥♥♥♥♥

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum. .
Hai korang. .

Firstly saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat islam sedunia. .Tahun ni raya qurban pertama saya hanya di kampung hubby manir coz raya kedua kena balik kemaman.Mak mertua sibuk call suruh balik..Hari ni berblog sambil tengok orang sembelih lembu.Jadi korang layan je pic ni..saya nak buat persiapan masak pulak..


Kerja2 melapah sedang di lakukan..


Hubby sibuk dengan kerjanya sambil di perhatikan mak sedara..


Kikis jangan tak kikis daging tu...


Ni lah otak lembu..
Rasa nak muntah tengok otak ni..

Sekian untuk hari ni.letih dah badan ni.
bye semua..♥♥♥


Sabtu, 12 Oktober 2013

PERJALANAN UMRAH KAMI PART 3

Sambungan..

Hari ke 6, saya di bawa untuk program ziarah luar.Antaranya ke Jabal Thur , Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan melintasi Jamrah serta Mina.Perjalanan saya di bimbing oleh Mutawif Rayhar.Banyak cerita di kongsi sepanjang perjalanan kami.
Saya seterusnye ke Masjid Ja'ranah untuk miqat umrah ke 2 kami.Untuk umrah ke 2 dan seterusnye tiada mutawif lagi.Saya hanya berdua dengan hubby melakukan umrah kami.Mujur hubby pernah menjejak kaki ke sana.Jadi mudah urusan kami di sana.


Tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa..
Saya dan hubby sempat naik ke puncak bukit tu sebagai bukti cinta kami berdua..
Semoga cinta kami mekar sampai ke syurga.Amin..


Padang Arafah..

Hari ke 7, saya bermiqat di Masjid Tana'im untuk ibadah umrah ke 3 kami . Alhamdulillah semua di permudahkan segalanye..

Hari ke 8, kami bermiqat di Hudaibiyah untuk ibadah umrah kami ke 4..

Hari ke 8 , kami tiada aktiviti.Hanya berada di Masjidil Haram untuk mengisafi diri disana.Sempat lagi saya dan hubby melakukan tawaf sunat.

Hari ke 9 , aktiviti kami hanyalah ke ladang unta.Sempat lagi saya minum susu unta.Rasa susu unta macam susu kambing.Sedap...♡♡♡.Sempat lagi membeli susu utk minum di hotel.


Saya memerhati unta dari jauh.Walaupun suhu masa tu 35'c saya masih lagi bertenaga untuk melakukan ibadah umrah.

Hari ke 10, saya hanya berada di Masjidil Haram menanti hari2 terakhir kami di sana.Saya mengambil peluang yang ade melakukan tawaf sunat setiap waktu solat.Sempat juga saya memegang Kaabah pada mase tu.Hanya Tuhan aje yang tahu betapa indahnya...

Hari ke 11 iaitu hari terakhir saya di Tanah Suci Mekkah.Selepas melakukan Tawaf Wida, saya bergerak meninggalkan Mekkah.Dalam hati, saya menitipkan doa untuk kembali semula ke sana.

Sampai di Airport KLIA ,saya di kejutkan dengan jerebu yang melanda semenjung malaysia.Sempat lagi bergurau dengan hubby agar tahun depan nak pergi lagi ke Mekkah. Hubby hanya tersenyum dan berkata "3 tahun dari sekarang kita akan datang mengerjakan haji pulak.."

Sekian catatan umrah kami berdua..
bye♥♥♥♥


PERJALANAN UMRAH KAMI PART 2

Sambungan..

Lima hari di Madinah Al-Munawarah meninggalkan kesan yg mendalam kepada saya.Apa tidaknya, di sanalah saya berpeluang beribadat di Masjid Nabawi , menziarah makam Rasullullah s.a.w , perkuburan Baqi' dan bersolat sunat di Raudhah.Dan bagi yang gemar shopping pastilah tidak melepaskan peluang utk membeli barangan yg agak murah di sana terutama jubah wanita dan lelaki.Juga tasbih, minyak wangi, kopiah dll lagi..


Tengok tu..Hubby sedang shopping..
Beginilah suasana pasar jualan di Madinah.

Saya juga berpeluang menziarahi ke Masjid Quba', Masjid Qibla, medan peperangan , Jabal Uhud dan Ladang kurma.


Suasana malam di dalam Masjid Nabawi


Suasana malam di luar Masjid Nabawi


Kawasan Raudah..


Suasana di ladang kurma.Macam2 ada.Di sini saya di jamukan kurma pelbagai jenis.
Setelah puas makan baru boleh beli..

Hari ke 5, selesai melakukn ziarah wada' saya bertolak ke Mekkah Al-Mukaramah utk melakukan ibadah umrah..Dari hotel penginapan saya & hubby memakai ihram utk menuju ke tanah suci di mana terletaknya Kaabah yg menjadi kiblat umat islam sedunia..Kami bermiqat di Masjid Bir Ali(umrah pertama).Perjalanan kami mengambil mase 7 jam.Sepanjang perjalanan kami di ingatkan supaya berzikir..Tiba di Makkah selepas mendaftar nama di Hotel Swiss yang hanya terletak 50 meter dari Masjidil Haram.

Pukul 2 pagi waktu Mekkah, saya melakukan tawaf dan saie seterusnye bertahlul untuk melengkapkan Umrah pertama di bimbing oleh Mutawih Rayhar.Pengalaman pertama kali bila menjejak kaki di Masjidil Haram, saya menangis melihat Kaabah berada di depan mata.Tak percaya rasa...Hanya Tuhan aje yang tahu perasaan saya masa tu..


Kami di hadapan pintu masuk Masjidil Haram..

PENGALAMAN UMRAH KAMI..PART 1

Bismillah..
Assalamualaikum warahmatullah..
Bersua kembali kita.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t saya panjatkan kerna di beri peluang yang sangat2 berharga kpd saya & hubby..Alhamdulillah dgn rezeki dan nikmat kurniaan Allah s.w.t kpd kami.Tidak pernah terfikir oleh kami bahawa pada usia 27 tahun, saya telah di jemput untuk menjadi tetamu Yang Maha Agung.Subhanaallah, Maha Suci Allah s.w.t..Maha Besar Allah..Segala perancangan Allah s.w.t terhadap hamba2nya adalah yg terbaik.Di jemput menjadi tetamu Allah s.w.t adalah sesuatu yg sgt berbeza pengalamannya.Dlm bnyk2 tempat yg pernah kami lawati, tidak ada satu pun yg manaboleh menyamai dgn tempat suci yg penuh dgn barakah dan rahmat ini.Hati kami terasa terpanggil utk menjejak kaki ke Bumi Haramain itu.Insya Allah, sekiranya di beri peluang lagi, tidak akan saya & hubby sia2kan..
Terbang dengan pesawat sewa khas Saudi Airlines, pemergian pakej 12 hari itu di uruskan oleh Syarikat Rayhar Travel.Penerbangan 8jam begitu mendamaikan.Perasaan seronok utk mengerjakan umrah cukup mengujakan.Apatah lagi bertemankan hubby yg tersyg yg sentiasa berada di sebelah.Kadangkala bila sesekali "air pocket" kecut juga perut di buatnye.Terfikir juga, bagaimanakah perasaan anak kapal yg sentiasa tersenyum biarpun dlm keadaan atau situasi yg mencemaskan sedemikian.Tetapi semuanya itu seakan lenyap dengan sajian enak cara Arab yg di hidangkan oleh anak kapal yg mesra lagi berdedikasi..


Snap dulu sebelum makan..

Tiba di lapangan terbang madinah sekitar jam 10.00 mlm waktu madinah.Alhamdulillah...Saya memanjat syukur kpd-Nya.Satu demi satu urusan kami dipermudahkan-Nya.Sebaik sahaja kami menjejak kaki di lapangan terbang madinah, kami semua menaiki bas yg telah di sediakan oleh pihak Rayhar Travels yg mana akn membawa semua jemaah umrah terus ke hotel..


Hubby baru turun dari flight...
Jumaat, 11 Oktober 2013

MELAWATI KEBAB

Assalamulaikum. .
Hai korang. .

Malam ni saya nak enty pasal kebab...
Al-kisahnya.. hubby mengidam nak makan roti tempayan kambing.Saya ni memang xsuke kalau bab kambing ni.Kalau bagi free pun saya xkn makan jugak.Mengada2 pulak saya ni..Jadi saya temankn jugak hubby pergi makan.

Malam tu saya just makan roti dgn kari daging cincang je.Tu pun xhabis..hubby jugak yang tolong habiskan..Dalam perjalanan balik tu saya ternampak van jual kebab..Apa lagi terus bgthu hubby..


Sempat lg snap sebelum keluar pergi oder..
Ramai sangat yang sedang menunggu..



Curi2 snap gambar..


Ni aje yang saya beli.Xleh beli banyak sangat..
Coz hubby xmakan..


Ni lah isi dalam kebab tu..Banyak giler daging..
Yang bestnye daging lembut sangat.Rasa rempah ratus pada daging tu..Best sangat..

P/S : pada sesiapa yang nak rasa kebab melawati boleh berkunjung di hadapan pasar borong merbau patah kuala terengganu..
Khamis, 10 Oktober 2013

RAHSIA DAN KELEBIHAN HARI KHAMIS DALAM ISLAM





Hari Khamis merupakan hari yang ke-lima, sebab itu dalam Bahasa Arab ditulis sebagai الyخميس ang bermaksud “Yang Ke-lima”. Buat pengetahuan pembaca sekalian, hari Khamis merupakan hari yang baik untuk menunaikan Hajat. Kerana Allah memerintahkan Penunaian. Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Khamis.Kebiasaannya amalan yang sering dilakukan ialah berpuasa pada hari Khamis, membaca Yaasin pada malam Jumaat dan sebagainya.

Dari Anas bin Malik ra. ia berkata: "Rasulullah SAW telah ditanya sahabat tentang hari Khamis, maka Rasulullah SAW bersabda: "Hari Khamis adalah hari tercapainya hajat. Lalu ditanya kembali: "Mengapa demikian ya Rasulullah SAW? Baginda menjawab: "Kerana Nabi Ibrahim as masuk menghadap raja Mesir pada hari tersebut, maka ia mendapatkan hajatnya dan Nabi Ibrahim diberi Siti Hajar"


Antara peristiwa yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah Islam adalah:


1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.

2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (pada masa ni, Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah SWT.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah.

Selain itu pada hari Khamis ini juga disunatkan untuk umat Islam melakukan puasa sunat. Ada banyak fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat pada hari ini kerana Rasulullah s.a.w. mengambil berat puasa pada hari Khamis. Dalilnya disunatkan berpuasa hari Khamis:


Pertama: Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa;“Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).


Kedua: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).



Zikir hari Khamis – Zikir yang boleh Anda amalkan pada hari Khamis ini ialah:

سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ


Doa hari Khamis – Di bawah ini adalah doa-doa yang boleh anda amalkan selepas sembahyang 5 waktu pada hari Khamis ini.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,


Di hari yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk berkhidmat kepada jabatan ini dengan lebih cekap serta cemerlang.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ


Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ


Selasa, 8 Oktober 2013

KISAH BAJU KORPORAT

Assalamualaikum. .
Hai korang..

Pagi ni di pejabat kecoh dengan isu baju korporat..
Jeng..jeng..jeng..Panas mcm melodi katakan..

Rupe-rupenya AKP dah di keluarkan.Saje saya malas nak pakai.Last2 kne....
|
|
|
|
|
|
|
|
★★★★
★★★★

Sekian untuk pagi yang hangat ni..
♥♥♥♥♥♥♥♥
Sabtu, 5 Oktober 2013

PENAPIS AIR COWAY

Assalamualaikum. .
Hai korang..

Hari ni saya nak cerita pasal penapis air..hehe.Dah 3 tahun saya pakai penapis air brand bioaura.Nak di jadikan cerita , saya ni malas nak masak air.Kira nak kerja mudah aje..Yang jadi mangsa my hubbylah.Terpaksa layan karenah saya ni.Apa saje yang saya mintak di turutkan saje.Ramai member2 cakap saya ni beruntung dapat suami yg ikut segala kemahuan saya.Hari ni saya dapat apa yg di minta iaitu penapis air coway jenis petit.Sukenye saya tak terhingga.My hubby siap pesan lagi kalau dia mampu beli dia akan beli..Kalu tak kena tunggu lah time dapat bones.Terkejut saya bila sampai bil untuk sain.Rupanye hubby dah bayar cash..Menitis air mataku..

  
Ni lah penapis air tu..


Kerja2 pemasangan sedang di lakukan..


Hubby yang asyik intai dari jauh..


Ni lah hasilnye..
Penapis air coway jenis petet...
Lepas ni xyah susah2 nak masak air..
Thank you my loving hubby..♥♥♥♥♥♥
Sekian...