Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Sabtu, 12 Oktober 2013

PENGALAMAN UMRAH KAMI..PART 1

Bismillah..
Assalamualaikum warahmatullah..
Bersua kembali kita.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t saya panjatkan kerna di beri peluang yang sangat2 berharga kpd saya & hubby..Alhamdulillah dgn rezeki dan nikmat kurniaan Allah s.w.t kpd kami.Tidak pernah terfikir oleh kami bahawa pada usia 27 tahun, saya telah di jemput untuk menjadi tetamu Yang Maha Agung.Subhanaallah, Maha Suci Allah s.w.t..Maha Besar Allah..Segala perancangan Allah s.w.t terhadap hamba2nya adalah yg terbaik.Di jemput menjadi tetamu Allah s.w.t adalah sesuatu yg sgt berbeza pengalamannya.Dlm bnyk2 tempat yg pernah kami lawati, tidak ada satu pun yg manaboleh menyamai dgn tempat suci yg penuh dgn barakah dan rahmat ini.Hati kami terasa terpanggil utk menjejak kaki ke Bumi Haramain itu.Insya Allah, sekiranya di beri peluang lagi, tidak akan saya & hubby sia2kan..
Terbang dengan pesawat sewa khas Saudi Airlines, pemergian pakej 12 hari itu di uruskan oleh Syarikat Rayhar Travel.Penerbangan 8jam begitu mendamaikan.Perasaan seronok utk mengerjakan umrah cukup mengujakan.Apatah lagi bertemankan hubby yg tersyg yg sentiasa berada di sebelah.Kadangkala bila sesekali "air pocket" kecut juga perut di buatnye.Terfikir juga, bagaimanakah perasaan anak kapal yg sentiasa tersenyum biarpun dlm keadaan atau situasi yg mencemaskan sedemikian.Tetapi semuanya itu seakan lenyap dengan sajian enak cara Arab yg di hidangkan oleh anak kapal yg mesra lagi berdedikasi..


Snap dulu sebelum makan..

Tiba di lapangan terbang madinah sekitar jam 10.00 mlm waktu madinah.Alhamdulillah...Saya memanjat syukur kpd-Nya.Satu demi satu urusan kami dipermudahkan-Nya.Sebaik sahaja kami menjejak kaki di lapangan terbang madinah, kami semua menaiki bas yg telah di sediakan oleh pihak Rayhar Travels yg mana akn membawa semua jemaah umrah terus ke hotel..


Hubby baru turun dari flight...

0 Korang komen:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.