Lima hari di Madinah Al-Munawarah meninggalkan kesan yg mendalam kepada saya.Apa tidaknya, di sanalah saya berpeluang beribadat di Masjid Nabawi , menziarah makam Rasullullah s.a.w , perkuburan Baqi' dan bersolat sunat di Raudhah.Dan bagi yang gemar shopping pastilah tidak melepaskan peluang utk membeli barangan yg agak murah di sana terutama jubah wanita dan lelaki.Juga tasbih, minyak wangi, kopiah dll lagi..
Tengok tu..Hubby sedang shopping..
Beginilah suasana pasar jualan di Madinah.
Suasana malam di dalam Masjid Nabawi
Suasana malam di luar Masjid Nabawi
Kawasan Raudah..
Suasana di ladang kurma.Macam2 ada.Di sini saya di jamukan kurma pelbagai jenis.
Setelah puas makan baru boleh beli..
Hari ke 5, selesai melakukn ziarah wada' saya bertolak ke Mekkah Al-Mukaramah utk melakukan ibadah umrah..Dari hotel penginapan saya & hubby memakai ihram utk menuju ke tanah suci di mana terletaknya Kaabah yg menjadi kiblat umat islam sedunia..Kami bermiqat di Masjid Bir Ali(umrah pertama).Perjalanan kami mengambil mase 7 jam.Sepanjang perjalanan kami di ingatkan supaya berzikir..Tiba di Makkah selepas mendaftar nama di Hotel Swiss yang hanya terletak 50 meter dari Masjidil Haram.Suasana di ladang kurma.Macam2 ada.Di sini saya di jamukan kurma pelbagai jenis.
Setelah puas makan baru boleh beli..
Pukul 2 pagi waktu Mekkah, saya melakukan tawaf dan saie seterusnye bertahlul untuk melengkapkan Umrah pertama di bimbing oleh Mutawih Rayhar.Pengalaman pertama kali bila menjejak kaki di Masjidil Haram, saya menangis melihat Kaabah berada di depan mata.Tak percaya rasa...Hanya Tuhan aje yang tahu perasaan saya masa tu..
Kami di hadapan pintu masuk Masjidil Haram..
0 Korang komen:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.