Amalkan Sunnah Rasullullah s.a.w. agar rumah tangga utuh hingga ke hujung usia.
TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI
- Dari Atha` bin Yasar RA, ia
berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. dan Aisyah RA biasa mandi
bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu
selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian
bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid,
wahai Rasulullah”. Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu
berkainlah & dekatlah kembali padaku.” Aisyah berkata, “Aku pun
masuk, lalu berselimut bersama beliau”. (Hadis Riwayat Sa`id bin
Manshur)
MANDI BERSAMA ISTERI
- Dari Aisyah RA beliau berkata, "Aku biasa mandi
bersama Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menggunakan satu bejana. Kami
biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tesebut)."
(Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
MEMBELAI ISTERI
- "Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua
(isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai
kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang
menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.“ (Hadis
Riwayat Ahmad)
MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA
- Nabi Shallallahu 'Alaihi wa
Sallam biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata,
"Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuahanku, Tuhan Muhammad, ampunilah
dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari
fitnah yang menyesatkan." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)
SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODA
- Dari Jabir RA, sesungguhnya Nabi
Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk
ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan
keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau
menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan ..... apabila seseorang di
antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi
isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada
pada wanita itu.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRA
- Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa
Sallam biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di
sukainya seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima).