Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Jumaat, 3 Mei 2013

CUCI MATA DI MLM HARI SEKITAR BANDARAYA TERENGGANU..

Selamat pagi korang..baru hari ni dapat update blog.Maklumlah sibuk memanjang dengan aktiviti di ofis...Banyak lagi yang xdapat di update tunggu gambar aje.Bukan tu aje , tab buat hal plak..asyik hang je..Mungkin letih macam tuannye jugak..hahaha..
Berbalik cerita semlm..
Nak di jadikan cerita,hubby mengidam nak makan pengat durian.Apalagi,lepas solat isyak kami pun turunlah dengan menaiki motosikal..Bukan ape senang nak celah mencelah sepanjang perjalanan..First kami mencuci mate di sepanjang Pantai Batu Buruk..Semalam xramai sgt orang hanya penjaja kecil di sepanjang jalan aje yang ade.Kemudian kami ke dataran syahbandar untuk melihat suasana malam kat sane..
Ni yang sempat saya snap di dataran syahbandar..

Kami sempatlah lepak kat sini selama setengah jam..Sambil makan kerepok lekor panas..
Ni pulak hadapan Istana Maziah dan di belakangnye adalah bukit puteri..Macam2 terdapat di atas sana peninggalan sejarah dulu..Malam bukit puteri xbuka jadi xdapatlah saya snap ape yang terdapat atas sana.. 

Ni pulak hadapan bazar warisan..Bazar ni berada di hadapan bot penampang yang merupakan laluan bagi penduduk seberang takir untuk ke Pasar Payang..Bazar ni merupakan adik kepada Pasar payang..Urusniaga di bazar ni hnyalah tertumpu pada waktu siang sahaja..Kalau korang nak datang shoping bolehlah datang kat sini..Banyak jualan yang berasaskan batek dan sutera sahaja disini..Kalu korang nak shoping barang lain bolehlah ke pasar payang yang hanya bertentangan sahaja..


 

Ni hadapan pasar kedai payang pada waktu malam..Penjaja kecil menjual hasil mereka pada waktu begini hingga larut malam..Kat sini aje yang terdapat buah durian pada waktu malam kat kuala terengganu..Sempatlah saya beli durian untuk buat pengat durian..



Ni pulak jualan berasaskan fabrik..Korang jangan terkejut ok..Ni bukan batik betul ok..ni ala2 batik.Kira tiruanlah..Murah aje 50 inggit je siap ada batu lagi..

Sebelum kami bertolak pulang sempat kami ke Taman Warisan.Tempat ni merupakan mercu tanda kaum cina khususnye,,Kat sini juga kita boleh melihat permandangan ke arah Riyaz Hotel dah juga perkampungan seberang takir..Kat sini juga merupakan tempat melihat acara kapal layar moosun cup yang selalu di adakan sepanjang tahun di terengganu..hihihi..Kat sini juga terdapat i-city terengganu..Saya xsempat snap sebab hari dah larut malam..Kami pun bertolak balik ke rumah..Sekian untuk tontonan anda semua..

0 Korang komen:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.