Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Jumaat, 3 Mei 2013

BANTUAN KHAS UNTUK PEKEBUN KECIL RISDA..

Assalamualaikum..
Selamat malam dan selamat berhujung minggu buat korang. Malam ni saya berkesempatan update blog sambil menonton tv.Hubby sibuk nak tonton drama atek sebab tu malas nak keluar..Katanya,rasa kenyang yang amat sangat sebab hubby makan pengat durian bersama pulut banyak sangat...
 Berbalik pada program hari khamis baru ni..Untuk makluman korang,baru ni ofis saya (RISDA) mengadakan program bantuan khas sempena kejatuhan harga getah untuk pekebun kecil.Kira- kira 300 orang pekebun getah yang hadir dalam program kami ni.Maklumlah dapat duit 500 ringgit tu.Sapa tak nak kan..Dapatlah meringankan beban pekebun kecil..
 Apa2 pun korang layan aje pic yang sempat saya snap sepanjang program tersebut..

 
Ni sebahagian  AJK pendaftaran masa program tersebut.Sempat lagi saya berposing dengan mereka walaupun masa tu panas terik matahari.Mereka tetap masih  boleh senyum..Masing2 dengan agihan tugas yang di amanahkan..



Pekebun kecil yang hadir dalam program kami baru ni..Di samping itu,kami menyediakan sarapan pagi untuk mereka yang hadir..Maklumlah,program bermula pukul 8.30 pagi..Perut mesti lapar sementara mereka mendapatkan cek..


.
Sebahagian ahli kior Risda Dungun..Kami menghiburkan pekebun kecil dengan nyanyian lagu negara ku dan Risda Peneraju..Letih yang amat sangat pada masa ni..Tapi kami menyanyi dengan penuh semangat..Sempat lagi berposing dalam ofis sementara menunggu ucapan perasmian dari Timbalan Ketua Pengarah.


Ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Pengarah RISDA Malaysia.Datuk Hj Mohamat bin Muda.
(Uncle saya..Terbaik lah..)

Sesi gambar kenangan bersama replika cek dengan sebahagian pekebun kecil..
Maka berakhirlah program kami ini dengan jayanya..Pekebun kecil di jamukan dengan nasi kukus Johan..Sedapnye..




0 Korang komen:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.